Thursday, November 29, 2007

Ucapan YB Ahli Parlimen dalam sesi Parlimen (Nov '07)

NO. SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN TENG BOON SOON (TEBRAU)
TARIKH : 19 November 2007


SOALAN :


Y.B. Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) minta MENTERl KEWANGAN menyatakan apakah Iangkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan Malaysia tidak menjadi negara pengimport bagi produk petroleum pada tahun 2010.


JAWAPAN


Tuan Yang DiPertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa dasar telah digubal oleh Kerajaan bagi memastikan penghasilan sumber tenaga negara dapat dikekalkan untuk tempoh yang panjang. Antaranya, Dasar Susutan Negara (National Depletion Policy). 1980 yang memberi penekanan kepada pemuliharaan sumber tenaga, terutamanya minyak dan gas serta Dasar Pelbagaian Lima Bahan Api (Five Fuel Diversification Policy), 2001 yang bertujuan mempelbagaikan sumber tenaga negara termasuk sumber tenaga boleh diperbaharu (renewable energy).

Namun demikian, memandangkan bahawa produk petroleum merupakan sumber yang sernakin rnenyusut manakala permintaan terhadapnya semakin meningkat, usaha untuk memastikan Malaysia kekal sebagai negara pengesksport bersih bagi produk petroleum sernakin mencabar. Sehubungan itu, Kerajaan telah meminta PETRONAS untuk melipatgandakan usaha carigali minyak di dalam negara serta meningkatkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran Ioji-loji penapisan untuk memenuhi permintaan domestik.

Bagi rnengurangkan kebergantungan ke atas sumber petroleum, Kerajaan juga menggalakkan pembangunan sumbar tenaga boleh diperbaharu seperti penjanaan tenaga menggunakan biomass, biogas, sisa pepejal perbandaran mini hidro, solar dan juga penghasilan biofuel.

Selain itu, Kerajaan juga menggalakkan inisiatif ke arah mempertingkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber tenaga. Dalam hubungan ini, penggunaan sumber tenaga secara berhemah dan berkesan oleh para pengguna akan dapat membantu ke arah mengekalkan Malaysia sebagai negara pengeksport bersih produk petroleum untuk tempoh yang lebih lama.
------------------------------------------------------------------------------------------------
DR.15.11.2007

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Pengerusi, saya hendak tahu, pada sayalah NPL atau non-performing loan sekadar 40% itu adalah amat tinggi kalau dibandingkan dengan non-performing loan di komersial bank yang biasa memang mengagumkan. Jadi, adakah saya hendak tahu dalam memproses pinjaman oleh pegawai-pegawai Bank Pertanian Malaysia adakah pegawai-pegawai ini diberi latihan yang mencukupi supaya mereka ini memahami tentang operasi, sifat operasi ataupun kegiatan-kegiatan industri asas tani.

Jadi adakah satu mechanism pemantuan yang mencukupi yang diamalkan di Bank Pertanian Malaysia untuk memastikan supaya tidak ada ruang untuk menyeleweng dalam pengurusan permohonan pinjaman pertanian itu. Minta penjelasan.

Datuk Mah Siew Keong: Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat, saya hendak memberitahu bahawa walaupun 17% NPL adalah tinggi, perbandingan tinggi sedikit daripada komersial bank tetap peranan Bank Pertanian adalah tidak sama seperti komersial bank.

Pada masa yang sama dalam persidangan-persidangan Parlimen juga ramai Ahli Parlimen yang menegur Bank Pertanian kerana terlalu ketat dalam membuat processing pinjaman. Jadi, Bank Pertanian mesti membuat satu perimbangan antara untuk menggalakkan petani pengusaha yang baru dan juga menjaga NPL, tetapi dari segi penyelewengan saya hendak memberitahu bahawa dua tahun ini management Bank Pertanian telah mewujudkan satu committee untuk mengetatkan pemprosesan untuk mengurangkan penyelewengan. Terima Kasih.

Wednesday, November 28, 2007

MCA Tebrau Football Team Launch 23-11-2007











Saturday, November 17, 2007

DTC 新山日间师训学员聚餐会




Batu Pahat, 十七日讯:


Merasmikan Hari Kecemeralngan dan Majlis Penutupan Hari Badan Beruniform






Taman Daya, 17 Nov 2007.


新山福林园福灵宫大伯公,感天大帝,齐天大圣,观音娘娘宝旦千秋平安宴






新山,十六日讯:


新山宽柔第五小学曾建课室动土礼 (16-11-2007) 下午三点正





Wednesday, November 14, 2007

Ucapan YB Ahli Parlimen dalam sesi Parlimen (Okt & Nov)


PERBAHASAN PERBEKALAN BAJET 2008 DI PERINGKAT JAWATANKUASA DI DEWAN RAKYAT


Nama Ahli Yang Berhormat/Kawasan: Yang Berhormat Tebrau
Tarikh Perbahasan: 6.11.2007

PERKARA YANG DIBANGKITKAN

Yang Berhormat Tebrau menggesa Kerajaan menyegerakan pelaksanaan projek-projek infrastruktur khususnya program tebatan banjir yang telah diluluskan peruntukannya bagi menarik ramai pelabur ke Wilayah Pembangunan Iskandar.

JAWAPAN

Soalan ini telah pun dijawab pada 23 Oktober 2007. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM187 juta di bawah WPI dan RM840 juta untuk projek-projek penjagaan banjir di Johor. Waran peruntukan dipegang oleh ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran. Projek saliran bandar sedang dilaksanakan dan dijangka siap sebelum akhir tahun 2007.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 1.11.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, saya hendak Tanya dengan pelbagai langkah yang telah diambil oleh kementerian Tetapi masih berlaku pembalakan yang haram, jadi bagaimana dengan pegawai-pegawai, bilangan pegawai-pegawai yang cukup masih berlaku. Jadi apabila berlakunya pembalakan hararn di satu kawasan itu, adakah kerajaan akan menyoalkan pegawai perhutanan yang ditugaskan untuk menjaga di kawasan tertentu. Bila ia berlaku adakah pegawai itu akan disoal? Dijawab, diminta jawab? Bagaimana pembalakan haram itu boleh berlaku di kawasan bawah jagaan dia? Apa tindakan yang akan diambil terhadap pegawai-pegawai yang berkenaan?

Dato' Sazmi bin Miah: Terima kasih Ahli Yang Berhormat, sememangnya akan berlaku walau apa-apa undang-undang yang dibuat, mereka yang melanggar peraturan, melanggar undang-undang tersebut akan tetap memang ada. Apa yang kita lihat ialah pengurangan dari segi pencerobohan hutan-hutan dan pembalakan haram dan seperti yang saya jawab awal tadi, sememangnya ada penurunan oleh kerana kita telah memperkenalkan pada tahun 1993, mandatori penjara kepada pesalah-pesalah tersebut dan meningkatkan lagi kompaun-kompaun dan sebagainya. Dari segi penyiasatan apabila terdapatnya penangkapan, pencerobohan, pembalakan haram dan sebagainya sememangnya pegawai-pegawai yang bertugas di kawasan tersebut, di zon-zon tersebut adalah disoal siasat. Seperti mana kita buat baru-baru ini, di mana kita dapati di salah satu kawasan di Pahang terdapat.. kita dapat tangkap dengan Bulldozer dengan rakyat asing dan sebagainya.

Itu yang kita dapat maklumat daripada orang awam. Kita pergi, kita turun ke lapangan dan kita dapat tangkap dan kita juga memanggil pegawai-pegawai kita yang sepatutnya menjaga kawasan tersebut. Sekiranya kita tidak berpuas hati dan ada mempunyai kes sememangnya dari segi perundangan di dalam penjawat jawatan kerajaan akan ada tindakan-tindakan tertentu yang perlu dilakukan sekiranya terbukti bersubahat dan sebagainya. Terima Kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Berhorrnat Menteri kerana dipilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif UNESCO. Soalan saya ialah saya rninta penjelasan, apakah tentang sekolah kluster itu? Apakah prinsip-prinsip ataupun syarat-syarat asasnya dalam pemilih sekolah kluster?

Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein: Sebenarnya kita berpendapat dan ini merupakan pendekatan beberapa buah negeri yang kita telah pun buat kajian, di mana kepelbagaian dan juga tahap pembangunan sekolah-sekolah sentiasa berbeza.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih, Tuan Yang di-Petua. Tadi saya sudah mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang kekurangan guru dan pelbagai rancangan untuk menambahkan guru serta kekurangan infrastruktur dan juga peruntukan tambahan berbilion ringgit telah disediakan untuk menambah infrastruktur.
Soalan saya ialah baru-baru ini kita dengar cadangan tentang cadangan Yang Amat Berhormat mengadakan sekolah satu sesi ataupun persekolahan sehari penuh. Jadi, saya tidak nampak bagaimana cadangan itu boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat ini.

Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein: la bukan mudah. Bagi saya kita t idak perIu menunggu kalau sekolah-sekolah yang sekarang ini telah pun merupakan sekolah sau sesi dan ingin melalui autonomi kita berikan. Contohnya dalam konteks sekolah kluster merasakan mereka boleh beranikan diri mereka untuk melakukannya dan ia tidak akan menjejaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya. Maka itulah kelebihan pendekatan kedua di bawah PIPP kita di mana dengan sukarela, dengan keyakinan, dengan kemampuan kepimpinan sekolah itu sendiri mencadangkannya. Tetapi dari segi sekolah yang satu sesi ini jumlah peratusannya sudah besar. Cuma bekalan guru tadi, betul Yang Berhormat sebut menjadi satu kekangan yang perlu ditangan, tetapi kalau sekiranya dengan pendekatan kepimpinan sekolah rasa mereka dapat bangkit untuk rnenyahut cabaran ini dan ini tidak akan menjejaskan prestasi sekolah. Saya dalam pendekatan terbuka ini dengan pemantauan kita di peringkat kementerian saya terbuka untuk melihat cara pendekatan itu.
Satu perkara sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu berhubung kait dengan pendidikan di kalangan murid Orang Asli yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. la memang merupakan satu lagi perkara yang di bawah pendekatan pertama tadi, menyelesaikan agenda yang belum selesai yang memberi pembelaan kepada golongan mereka yang perlu diberi pembelaan. Anak-anak Orang Asli merupakan golongan mereka yatng sesungguhnya says rasa perlu diberikan penekanan dan keutamaan dan dua program baru telah pun diperkenalkan iaitu pertama, penubuhan Sekolah Modal Khas Komprehensif K9. Murid Orang Asli menjalani persekolahan cari tahun satu hingga ketingkatan tiga di sekolah yang sarna. Projek Rintis Sekolah Modal Khas ini telah dilaksanakan di SK Bandar 2, Paroh lnai, Pekan, Pahang pada bulan Jun 2007. Kerja-kerja menaik taraf kelas kepada asrama bilik warden, rumah persinggahan ibu bapa dan dewan makan sedang dijalankan di sekolah tersebut.
Program kedua yang baru kita perkenalkan juga ialah pengklusteran sekolah murid Orang Asli dan Penan. Kementerian sedang dalam usaha mengelompokkan sekolah-sekolah murid Orang Asli dan Penan untuk berkongsi sesi pengajaran dan pembelanjaan secara interaktif melalui teknologi video conferencing. Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang pendidikan dan juga jurang digital di antara murid di luar bandar dan di bandar khususnya di kalangan masyarakat Orang Asli.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Yang Berhormat, satu sahaja. Saya hendak tahu baru-baru ini Yang Berhormat Menteri sudah melawat Negeri China. Saya hendak tahu apakah hasil lawatan dan pencapaian lawatan ke Negeri China nanti. Boleh tolong beritahu Dewan Yang Mulia ini.

Dato’ Sri Hishammuddln bin Tun Hussein: Sebagai penutup. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya masalah yang kita bincangkan di dalarn Dewan Yang Mulia ini sarna juga di Negeri China tetapi kali ganda puluhan ribu kali kerana jurnlah yang terlibat lebih ramai, kawasan-kawasan pedalaman yang perlu dirapatkan jurangnya lebih besar tetapi pada masa yang sama saya agak kagum dengan sekolah-sekolah yang cemerlang yang dianggapkan sebagai sekolah di peringkat dunia. Sebagai contoh mereka mempunyai lebih daripada 64 sekolah sukan dan sekolah-sekolah sukan yang saya sempat membuat lawatan, sekolah itu sahaja sudah melahirkan johan atau mereka yang telah memperoleh pingat emas di peringkat Olimpik yang begitu ramai.
Pada satu sudut, sekolah-sekolah yang sudah cemerlang mernang di peringkat dunia tetapi masalah untuk menangani jurang tadi maslh menjadi satu perkara yang membimbangkan pihak kepimpinan kerajaan negeri dan sedikit sebanyak mereka ingin mempelajari apa yang telah kita lakukan atau lebih penting apa yang kesilapan, kekurangan yang telah kita lalui sendiri dalam melaksanakan agenda yang sebenarnya merupakan agenda sejagat.

Dengan itu saya mengakhiri kita punya penggulungan dari pihak Kementerian Pelajaran. Terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 5.11.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih, minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak minta penjelasan tentang pembahagian peruntukkan Kementerian Luar Bandar. Sementara ini Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mengikut satu sistem pengkategorian kawasan Parlirnen sebagai kawasan bandar dan kawasan kampung, kawasan luar bandar minta maaf. Untuk tujuan menentukan keutamaan dalam pembahagian peruntukkan. Sudah jelas berlaku pencegahan dengan prinsip keadilan dalam membangunkan kawasan luar bandar. Sepatutnya semua kawasan Parlimen perlu diberi layanan yang sama tanpa kira sesuatu kawasan Parlimen itu adakah kawasan luar bandar 100% ataupun sebahagian sahaja luar bandar. Misalnya kawasan Tebrau juga dikategorikan sebagai kawasan bandar, padahal di kawasan Parlimen Tebrau hampir 40% adalah kawasan luar bandar. Jadi dalam pembahagian peruntukkan pembangunan luar bandar itu, dikategorikan sebagai kawasan luar bandar itu tidak diberi perhatian yang mencukupi dalam menimbangkan rancang-rancangan pembangunan yang dikemukakan oleh kawasan bandar seperti kawasan Tebrau. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Tirnbalan Menteri adakah Kementerian bercadang menimbang semula dasar-dasar yang sedia yang di pakai yang kurang adil itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 10.5.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju cadangan laporan ini untuk mengadakan dialog antara agama untuk mencapai persefahaman yang berlandaskan nilai-nilai sejagat perlu diberi sokongan padu kerana perjumpaan seperti ini akan memberi satu isyarat dan menyampaikan mesej kepada generasi muda bawa perbezaan agama tidak akan mewujudkan halangan kepada menjalin hubungan mesra dan harmoni, hubungan saling menghormati, saling menyokong dan menghargai di antara satu kaum dengan yang lain. Contoh kepimpinan yang matang seperti ini harus dipamerkan dengan sejelas-jelasnya dan ditonjolkan kepada masyarakat majmuk dan generasi muda kita supaya kita akan dapat membina asas yang kukuh kepada perpaduan kaum yang stabil dan berkekalan di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada usaha kerajaan selama ini semenjak kemerdekaan negara usaha untuk mengamalkan sistem pelajaran yang pelbagai aliran bahasa. Ini adalah satu hala tuju pembangunan pelajaran yang bijak selaras dengan pragmatisme dan trend dunia yang menjunjung dan menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa sebagai satu kekuatan. Kepelbagaian budaya dan bahasa adalah diakui sebagal satu kekuatan negara Malaysia khususnya dalam zaman globalisasi ini. Hakikat kekuatan kepelbagaian dari budaya dan bahasa ini harus terus direstui dan diterima oleh semua kaum supaya negara kita akan terus bersatu padu, makrnur dan maju.
Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar pembangunan ekonomi untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan memberi ruang yang bebas, adil dan mencakupi sernua kaum perlu juga dianggap sebagai landasan dan asas utama kepada pembinaan perpaduan antara kaum di negara kita.
Akhir sekali yang ingin saya timbulkan ialah tentang usaha kerajaan dari masa ke semasa harus memperhatikan gejala-gejala atau perbuatan-perbuatan dari mana-mana pihak yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan mengambil langkah dengan secepat mungkin untuk menghalang dan memberhentikan sebarang perbuatan ataupun kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik ataupun pemimpin-pemimpin NGO yang akan menjejaskan perpaduan negara. Semoga dengan usaha bersama kita negara akan tetap kekal aman damai den perpaduan kaum.
Sekian, saya mohon menyokong.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : YB TUAN TENG BOON SOON (TEBRAU)

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 07.11.2007

SOALAN NO : 12

YB Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kredit mikro yang dilaksanakan oleh bank-bank komersial semenjak Disember tahun 2006 sudah berjaya mengurangkan kes-kes penganiayaan Ah Long terhadap peminjam Ah Long. Jika tidak, mengapa.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembiayaan mikro yang dilaksanakan sejak tahun 2006 telah menunjukkan perkembangan yang positif. Pada masa ini, enam buah institusi perbankan dan tiga buah institusi kewangan pembangunan telah menyalurkan pembiayaan mikro kepada lebih daripada 16,900 peminjam dengan pinjaman terkumpul sebanyak RM 155 juta.

2. Pembiayaan mikro yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan adalah merupakan pinjaman kecil antara RM500 hingga RM50,000, ditawarkan kepada perusahaan mikro dan individu bagi pembiayaan perniagaan mereka. Pinjaman yang disalurkan 'mudah' kerana tiada cagaran, memerlukan dokumentasi yang minimum dan prosedur yang mudah. Kelulusan dan pengeluaran pinjaman yang 'cepat' dengan tempoh pinjaman yang fleksibel (minimum 1 bulan – maksimum 10 tahun). Pinjaman boleh diperolehi di banyak tempat seperti di cawangan-cawangan institusi kewangan atau saluran pengagihan alternative yang dilantik oleh institusi kewangan.

3. Kemudahan pinjaman mikro ini telah diberikan publisiti yang meluas. Logo Kebangsaan pembiayaan mikro telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri semasa mesyuarat ke-7 Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan pada 13 September 2007 untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan dan kelebihan pembiayaan mikro. Cawangan-cawangan institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan mikro akan memparnerkan logo ini di premis perniagaan mereka bagi menunjukkan mereka telah berjaya mendapat pembiayaan mikro.

4. Sementara itu, Bank Negara Malaysia juga sedang bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mempromosikan kewujudan pembiayaan mikro seperti melalui media massa, pengedaran risalah. Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan berharap lebih ramai perusahaan mikro akan mengunjungi institusi-institusi kewangan formal untuk mendapatkan pembiayaan mikro serta mendapatkan khidmat nasihat. Langkah-langkah tersebut akan dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kegiatan Ah Long di negara ini.

D.R 12.11.2007
JAWAPAN KEPADA SOALAN TAMBAHAN MENGENAI SKIM KREDIT MICRO BAGI MENGURANGKAN KES PEMIMJAM ALONG

Berapakah bilangan along telah ditangkap?
- Kes yang ditangkap adalah bergantung kepada arahan daripada Penasihat Undang-Undang apabila sesuatu kes itu selasai disiasat, sekiranya arahan untuk didakwa, permohonan waran tangkap akan dibuat ke atas subjek melalui mahkamah. Kes yang ditangkap sehingga sekarang hanyalah 5 orang.

Berapa bilangan yang telah didakwa?
- (5) kes telah didakwa.

Bilangan yang telah dijatuhkan hukuman?
- (4) kes telah dijatuhkan hukuman

Bolehkah penguatkuasa KPKT menyamar sebagaiman kaedah JPJ dalam menangani masalah yang timbul.
- Seksyen 10L Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 membenarkan penggunaan ejen provokasi yang terdiri daripada pegawai penguatkuasa untuk tugas penyamaran. Oleh itu penyamaran sebagaimana kaedah JPJ boleh dijalankan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 6.9.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terus berkaitan dengan lesen teksi tadi. Lesen teksi itu kalau sudah dibekukan mengikut prinsip-prinsip tertentu memang itu baik. Tetapi macam mana syarikat-syarikat yang memiliki sekelompok teksi mungkin 50 lesen ataupun 100 lesen? Mengapa lesen-lesen teksi itu tidak diberikan kepada orang yang sebenarnya memerlukan lesen itu sebagai satu cara mencari nafkah, khususnya kepada pemandu-pernandu mereka yang sudah bekerja sebagai pemandu teksi lebih daripada 10 tahun? Itu telah membuktikan bahawa orang ini sepatutnya diberi lesen dan bukan dimonopoli oleh syarikat-syarikat tertentu. Minta penjelasan.

Dato' Khamsiyah binti Yeop: Yang Berhormat, sebab itu kita bekukan, Yang Berhormat sebab dahulu banyak teksi pergi kepada syarikat. Sekarang kita pergi kepada individu. Kite tidak boleh luluskan seberapa banyak kita suka sebab saya sudah kata, laluan-laluan telah ditetapkan, bilangan kita sudah tetapkan, berapa orang pengguna, berapa teksi yang harus dikeluarkan. Kalau ada kes-kes macam Yang Berhormat rasa betul-betul perlu, Yang Berhormat terus beritahulah saya. Saya akan pastikanlah dia boleh atau tidak.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 6.9.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Jerai sudah membincang bekalan air dalam masa 50 tahun akan datang, minta Menteri menghitungkan pertumbuhan populasi kita. Namun saya nak tanya Jerai, iaitu macam mana dengan mereka di kawasan-kawasan yang tidak ada air langsung misalnya di kawasan saya, kampong Orang Asli mereka mengatakan dah 50 tahun kemerdekaan tapi sampai sekarang belum ada setitik pun bekalan air. Sungguhpun mereka mendiami di sebelah sungai..

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Saya nak minta kebijaksanaan Yang Berhormat Jerai untuk mencadangkan satu cara penyelesaian kepada Yang Berhormat Menteri.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R. 6.9.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.41 Kernenterian Pelajaran iaitu di bawah butiran 020000 - Pendidikan Rendah dan Menengah.
Tuan pengerusi, dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan. kementerian telah mengadakan pelbagai program dan ikhtiar untuk mejadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan pertama kepada ibu bapa. Saya hendak tahu setakat mana usaha-usaha ini telah mendatangkan hasil? Adakah kementerien telah membuat peninjauan yang memfokuskan permintaan dan kehendak pelanggan iaitu ibu bapa yang memilih jenis sekolah untuk pendidikan anak-anak mereka? Adakah kementerian sebenarnya telah rnemahami permintaan-permintaan
ibu bapa?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ini adalah dasar.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Saya hendak tahu implementasi dasar itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Setakat mana dia menghasilkan sesuatu?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kita di peringkat Jawatankuasa, saya cadangkan supaya kita tumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan butiran.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Okey..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tentang pengurusan itulah. Tentang pentadbiran itu. Jadi saya hendak tahu adakah kementerian telah memfokuskan permintaan, memahami permintaan sebenar ibu bapa tentang pendidikan anak-anak mereka. Oleh sebab soal pendidikan itu memang merupakan satu hak ibu bapa untuk memilihnya, jadi saya rasa kerajaan harus menghormati pilihan ibu bapa dalam soal pendidikan.
Jadi dalam hal ini juga saya minta kerajaan menambahkan peruntukan bagi SJK(C) dan SJK(T) supaya lebih banyak bilik darjah dibangunkan. Di kawasan Tebrau sebenarnya, saya dapati PIBG di SJK(T) dan SJK(C) hampir setiap dua tahun atau tiga tahun perlu mengutip derma daripada kalangan ibu bapa supaya mereka membina bilik darjah yang baru untuk memenuhi permintaan ibu bapa supaya pengambilan baru dapat ditempatkan di dalam bilik-bilik darjah yang baru. Jadi saya rasa peruntukan yang disediakan sekarang untuk maksud ini tidak mencukupi dan saya minta kerajaan menambahkan lagi peruntukan supaya sekolah-sekolah seperti ini yang memerlukan bilik-bilik darjah yang baru, untuk memenuhi permintaan rakyat boleh dilayani dengan secara saksama dan adil. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

------------------------------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN BERTULIS

Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI - SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2008
PERINGKAT DASAR PADA 30 OKTOBER 2007


Yang Berhormat Tebrau membangkitkan isu penyelewengan dan salah guna kuasa penjawat awam dan menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
- Menyentuh kes-kes yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006, setakat ini BPR telah mendakwa seramai 11 orang termasuk 9 anggota Perkhidmatan Awam di mahkamah di 4 buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah. Ini tidak termasuk tindakan tatatertib yang dicadangkan oleh BPR untuk tindakan susulan ketua jabatan yang berkaitan. Untuk makluman, beberapa kes lagi masih dalam tindakan untuk dilengkapkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 30.10.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya tentang sistem alternatif yang digunakan oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan-kawasan terpencil. Saya nak tahu setakat ini, berapa banyak kawasan dari segi peratusnya yang kekurangan, yang tiada bekalan air itu telah mendapat penyelesaian ekoran penggunaan sistem alternatif bekalan air itu.
Oleh kerana di kawasan saya di kategorikan sebagai kawasan bandar, tetapi masih terdapat kampong-kampung Orang Asli yang sudah bertahun-tahun meminta bekalan air hingga hari ini belum dapat lagi bekalan air. Adakah sistem alternatif pembekalan air itu boleh digunakan juga untuk memberi bekalan air kepada kampong-karnpung Orang Asli di kawasan Tebrau? Minta penjelasan.
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Secara amnya, bagaimana sistem alternatif telah menyelesaikan masalah itu?

------------------------------------------------------------------------------------------------

D.R 30.10.2007
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Yang Berhormat Menteri, boleh jawab sekali? Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tentang WPI. Saya faham kerajaan telah menyediakan insentif cukai dan juga korporat tax dan sebagainya untuk menarik FDI ke WPI. Masalahnya ialah setahu s aya bagi projek infrastruktur sebagai satu asas penarikan kepada FDI itu misalnya projek saliran bandar di WPI wang peruntukan itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan tetapi wang ini belum lagi disalurkan kepada JPS negeri sehingga sekarang. Memandangkan projek saliran bandar itu merupakan rnembaiki kerosakan-kerosakan akibat daripada banjir yang berlaku hujung tahun 2006.
Jadi saya hendak tanya mengapakah tindakan untuk melaksanakan projek saliran itu begitu lambat dilaksanakan. Kalau kita hendak menarik FDI ke WPI ini tidak ambil kira tentang projek penebatan banjir. ltu satu long-term projek untuk mengatasi masalah banjir yang merupakan salah satu faktor yang perlu ditangani dengan secepat mungkin di WPI. Minta penjelasan.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Saya minta Timbalan Menteri menyiasat perkara inilah.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Fasal peruntukan itu memang telah diluluskan. Saya difahamkan telah diluluskan oleh Kabinet.

Monday, November 12, 2007

马华三甲支会举办卡拉ok比赛为茂奥斯汀五小筹款。





出席茂奥斯汀花园 Jalan Mutiara Emas 8, 工程动土礼




十日讯,茂奥斯汀花园:


茂奥斯汀花园 Jln Mutiara Emas 8 土崩工程终于排除万难,于日前动工。国会议员与上议员出席并完成动工仪式。希望此项工程能早日完成,不受雨节影响。

巡视茂奥斯汀花园第二与第三区并与居民委员会交流。





十日讯,新山:


国会议员联同上议员与马华地不老区会理事与茂奥斯汀居民委员会成员交并巡视地方基本实施。

国会议员巡视 Jalan Mutiara Emas Utama的交通问题。



10-11-2007, 茂奥斯汀花园:


国会议员带领马华地不老区会理事与茂奥斯汀工业区厂商理事会巡视交通流量问题。

Sesi Dialog dengan Penduduk dan Pengusaha Kilang Mt Austin



10-11-2007, Taman Mt Austin :


Pada jam 12.30pm, YB Ahli Parlimen Tebrau telah menganjurkan suatu perjumpaan dengan penduduk-penduduk dan pengusaha-pengusaha kilang Tmn Mt Austin bertujuan mendapatkan tindakbalas mereka terhadap pembinaan semula jalan tepi tanah runtuh Austin Golf Resort. Lebih kurang 20 orang wakil daripada penduduk & pengusaha Mt Austin bersama 3 orang pegawai Austin Golf Resort telah menyertai perjumpaan ini.


Hari Raya Open House 10-11-2007




YB Ahli Parlimen bersama rombongan MCA Bahagian Tebrau telah menyertai Open House Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau. Bersama-sama YB ialah YB Khoo Soo Seang, En. Tan Hong Hua dan Exco MCA Bahagian Tebrau.

Thursday, November 8, 2007

SELAMAT HARI DEEPAVALI KPD SEMUA KOMUNITI INDIA KAWASAN TEBRAU





Sempena Hari Deepavali, YB Ahli Parlimen Tebrau telah membawa rombongan MCA terdiri drpd ahli-ahli dan AJKnya pergi ke rumah Pengerusi MIC Bahagian Tebrau sebagai tanda persahabatan dan mengeratkan silatulrahim antara pelbagai kaum dalam kawasan Parlimen Tebrau.

Sunday, November 4, 2007

马华陈厝港支会联合灵山宫理事举办卡拉ok比赛。





国会议员于3/11/2007晚上九点为庆祝陈厝港开阜163周年记念1844-2007及灵山宫全柔华语卡拉ok比赛暨义卖会为灵山宫筹募基金开幕。