Friday, March 30, 2012

Perasmian Hari PIBG SK Tmn Pelangi Indah


24hb Mac 2012
Jam : 8.15am
Tempat: Dewan SK Tmn Pelangi Indah

UCAPAN YB TEBRAU

1. Terima kasih kepada Tuan Yang Di Pertua kerana memberi peluang kepada saya turut menyertai perbahasan dan menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Saya menyokong sepenuhnya titah dan saranan Tuanku.
2. Dato YDP, kempimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah memaparkan keikhlasan dan usaha yang gigih dalam menggerakkan Dasar Transformasi Nasional yang merangkumi Program Kerajaan, Program Ekonomi, Program Sosio-Politik dan Luar Bandar, walaupun boleh diperhatikan rintangan kesamaran atau tersirat dari setengah sudut dan dalam pelbagai bentuk, tetapi sokongan daripada sanubari rakyat juga dapat dirasai dan diperhatikan.
3. Dalam bidang pelajaran, pengiktirafan ijazah dari 146 buah universiti Negeri China telah meluaskan lagi peluang melanjutkan Pengajian Tinggi ke Negeri China secara amnya bagi rakyat Malaysia dan secara khasnya bagi pelajar-pelajar lepasan Chinese Independent Secondary Schools. Kerajaan halus juga mengiktiraf ijazah-ijazah dari lebih banyak universiti di Taiwan semoga mewujudkan lebih ruang Pengajian Tinggi bagi rakyat Malaysia.
4. Selaras dengan pengisytiharaan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional dan sebagai satu langkah melonjakkan Malaysia ke tahap negara maju berpendapatan tinggi, dan memenuhi keperluan ekonomi negara, kerajaan harus mempertingkatkan pembekalan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional kerana negara kita amat kekurangan pekerja-pekerja berkemahiran vokasional ekoran daripada sistem pendidikan yang berat sebelah kepada peperiksaan. Sementara negara kita membangunkan infrastruktur yang mencukupi untuk pendidikan dan latihan teknikal & vokasional, kerajaan boleh menggunakan kemudahan-kemudahan di negara-negara seperti Taiwan dan negara yang lebih maju dalam pendidikan teknikal vokasional, melalui program kerjasama untuk mempercepatkan rentak pembangunan modal insan negara. Lebih-lebih lagi memandangkan bidang perusahaan kecil dan sederhana masih memerlukan banyak tenaga kemahiran teknikal & vokasional untuk meningkatkan daya saingnya.
5. Dalam bidang perubatan dan kesihatan, memandangkan rakyat berbilang kaum yang menggunakan rawatan perubatan tradisional semakin luas dan meningkat, kerajaan harus meningkatkan mutu rawatan di kalangan pengamal perubatan tradisional yang sedia ada dan melatih lebih ramai pengamal perubatan di sektor ini dengan kursus-kursus yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Saya cadangkan kerajaan mempelawa universiti perubatan tradisional dari Negeri China untuk membuka kampus di Malaysia supaya rakyat Malaysia yang berminat mempraktikkan perubatan tradisional dimanfaatkan dengan latihan yang bermutu antarabangsa dan pengamal perubatan tradisional yang lebih berkelayakan tinggi boleh dihasilkan untuk menjaga kesihatan rakyat. Selain daripada perubatan barat, rakyat Malaysia percaya dan merestui perubatan timur atau cara rawatan timur mempunyai kekuatan dan kelebihannya tersendiri.
6. Dato YDP, iziankan saya membangkitkan beberapa isu di kawasan Tebrau:
i. Saya ingin mendesak Kementerian Pelajaran mempercepatkan pembinaan bangunan sekolah bagi SJK(T) Ladang Mt Austin di Taman Mt Austin. Sekolah Tamil ini sudah pun menumpang di bangunan SK Tmn Mt Austin sejak Jun 2005, masih menunggu bangunan sekolah sendiri.Tanah tapak sekolah telah pun disediakan Kerajaan Negeri dan hal ini juga dipandang serius oleh YAB Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke kawasan TEBRAU pada 10hb Mac ini. Kementerian Pelajaran diminta mempercepatkan kerja pembinaan bangunan sekolah ini.
ii. Di bidang perumahan, projek perumahan terbengkalai termasuk 10 blok berjumlah 911 unit rumah pangsa kos sederhana rendah yang sepatutnya diserah kepada pembeli pada tahun 2006, masih belum siap dibina oleh pemaju hingga kini. Terima kasih kepada YB Dato Seri Chor Chee Hiong, Menteri Perumahan yang melawat ke tapak projek baru-baru ini dan berjangi akan membantu pembeli rumah menyelesaikan masalah mereka.
iii. Satu lagi projek perumahan terbengkalai yang dibina oleh Syarikat Sijori iaitu sebanyak 300 unit rumah kos sederhana di Rancangan Pemuda Impian Jaya sejek tahun 1998 memerlukan bantuan kerajaan.
iv. Rakyat Tebrau juga memerlukan bantuan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyediakan bekalan air kepada 5 buah kampung di Tebrau termasuk Kg Pasir Salam, Kg Bukit Dagang, Kg Paya, Kg Sg Redang Laut dan Kg Sentosa Dua. Bekalan elektrik pula perlu disediakan untuk Kg Pasir Salam dan Kg Bukit Dagang.
v. Pengusaha SME di kawasan Tebrau juga mengemukakan kesulitan yang dihadapi apabila kerajaan implementasikan dasar gaji minima. Mereka memohon supaya kerajaan mengambil kira geographical factors dalam membimbangkan impak dasar gaji minima terhadap pelaburan domestik dan FDI. Adakah pelaksanaan dasar gaji minima akan menjejaskan pelaburan dalam pembinaan kilang di kawasan luar bandar kerana kehilangan "Comparative Advantage" dari segi kos pengeluaran ekoran pelaksanaan dasar gaji minima.
vi. Rakyat Tebrau juga memohon sebuah Dewan Raya atau Dewan Serbaguna dibina di Jalan Rumbia, Taman Daya. Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan kemudahan asas ini memandangkan kepadatan penduduk yang amat tinggi di taman ini, masih belum ada satu dewan pun.
7. Akhir sekali, saya ingin membayangkan rasa gembira dan mengenang budi kepada YAB Perdana Menteri daripada rakyat berbilang kaum di Tebrau kerana membantu menangani masalah dihadapi rakyat dalam lawatan kerja YAB ke Tebrau pada 10hb Mac ini termasuk membantu SJK (C) Foon Yew 5, SJK(Y) Ladanga Mt Austin, Masjid Puteri Wangsa. Projek Perumahan Rakyat terbengkalai di Tmn Setia Indah dalam hal pembinaan bangunan dan membantu penduduk-penduduk kampung baru Ban Foo dengan mendapatkan pengurniaan hak milik tapak rumah.
8. Saya ingin mohon maaf kepada YAB Perdana Menteri kerana gagal mengiring YAB pada masa lawatan kerja beliau ke kawasan Tebrau kerana menunaikan kewajipan agama saya ke Budhgaya.
9. Sebgai penutup, Dato YDP, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana mengisytiharkan tekad beliau mempromosi dan mengamalkan pendekatan kesederhanaan atau wassatiyyah bukan sahaja di peringkat negara dan juga di masyarakat global. Bagi saya, tidak penting siapa sebut dahulu "konsep wassatiyyah", yang penting ialah "pengamalan kesederhanaan" . Saya penuh kepercayaan dan ramai rakyat yakin YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sedang menerajui pengamalan nilai yang murni ini. Usaha ini patut disanjungi.
Sekian terima kasih.