Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 24, 2011
27 Installation Ceremony & Dinner of Kiwanis Johor Bahru
Posted by Ahli Parlimen Tebrau - Teng Boon Soon柔佛州地不老区国会议员邓文村 at 16:01 0 comments
UCAPAN BAJET 2012 OLEH AHLI PARLIMEN TEBRAU - TENG BOON SOON
1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan BN kerana telah menghasilkan bajet 2012 satu bajet yng amat mendekati hati rakyat, kerana pada umumna bajet in akan membantu meredakan tekanan inflasi yang sedang dialami rakyat, ekoran kenaikan kos kehidupan khususnya rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Ciri-ciri kedua yang amat disanjungi ialah usaha mengungguli modal insan, mencerna kretiviti dan mencetus inovasi. Ini termasuk menggalakkan kreativiti, inovasi dan teknologi moden, yang melibatkan pereka bentuk tempatan; penyediaan peruntukan khas 1 billion ringgit bagi menambahbaikan kemudahan di semua jenis sekolah, insentif yang diberikankepada sektor swasta untuk menyedikan pendidikan berkualiti, bagi melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang. Sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah dan tempat-tempat ibadat diberi potong cukai. Langkah-langkah ini semoga akan melibatkan rakyat keseluruhan bersama-sama menambahbaikkan infrastruktur pendidikan negara. Walaubagaimanapun, suara rakyat masih kedengaran, bahawa peruntukan khas bagi menambahbaikkan sekolah ini perlu ditambah lagi, khususnya bagi SJKC dan SJKT dan komuniti Cina masih mengharapkan sekolah-sekolah Cina perlu ditambah lagi di tempat-tempat yang wujudnya keperluan, khususnya di kawasan bandar yang kelihatan jumlh murid sesebuah sekolah yang menjangkau 3, 4 hingga 5 ribu yang boleh dianggap kurang sihat dan menjejaskan kualiti pendidikan dari segi pengurusan sekolah.
2. Program-program kerajaan untuk meredakan inflasi dan menambahbaikkan kehidupan rakyat juga disanjug tingi. Rakyat bagi kali pertama benar-benar menikmati pelajaran percuma di sekolah rendah dan menengah. Selain mengekalkan subsisi, insentif dan bantuan berjumlah 3.2 billion ringgit, bantuan sebanyak 500 ringgit kepada keluarga berpendapatan rendah dan menengah adalah amat kena pada masa apabila rakyat jelata merasa impak inflasi sejagat. Keprihatinan kerajaan terhadap beban hidup rakyat ini amat dihargai.
3. Saya ucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan dalam usaha dan tekad melaksanakan transformasi politik khususnya memansuhkan ISA, Banishment Act, Restricted Residence Act dan KDN, ini jelas mempamerkan keikhlasan kerajaan BN untuk transformasi politik yang dijanjikan sebelum ini. Selaras dengan dasar liberalisasi ini, kerajaan harus melihat semula dan meminda AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) untuk mendedahkan pelajar IPTA dan IPTS kepada budaya dan kenyataan politik negara supaya mahasiswa/i kita dilatih semoga memiliki pemikiran analitikal dan berpandngan tersendiri dan lebih didedahkan kepada dan mendekati masalah-masalah rakyat dan negara, serta bertanggungjawab dari segi fikiran, pertuturan dan kelakuan.
Kerajaan harus mengakui dasar liberalisasi pendidikan dan pemikiran akan memantap lagi sistem pendidikan negara dan pada hakikatnya berikutan globalisasi kegiatan ekonomi yang semakin pesat, kita memerlukan tenaga yang berfasih dalam pelbagai bahasa dan kemahiran. Dengan sebab itu, kerajaan harus mengiktiraf UEC United Examination Certificate. supaya bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dpermainkan sebagai isu politik.Kita harus mengakui selama ini, BM tetap menjadi bahasa utama bagi rakyat malaysia dan martabat BM telah diutamakan, tetapi kemahiran bilingual atau trilingual oleh generasi muda kita tidak dapat dinafikan, sudah menjadi satu kelebihan bahkan keperluan dalam bidang sosial dan eknomi, mau dalam negara tau di persada antarabangsa.
4. Tuan Yang Di Pertua, izinkan saya membangkitkan masalah-masalah yang dialami rakyat kawasan Parlimen Tebrau.
i) Rakyat di Kg Pasir Salam, Kg Bukit Dagang di kawasan Tebrau masih belum ada bekalan
air dan elektrik dan Kg Penderam masih belum ada bekalan air. Permintaan ini adalah benar
dan amat mendesak, saya mohon tindakan secepat mungkin untuk melegakan kesulitan
rakyat ini.
ii) PIBG SJKC Foon Yew 5 di Kawasan Parlimen Tebrau masih menunggu peruntukan
Kementerian Pelajaran berjumlah 1 juta ringgit untuk pembinaan bangunan tambahan bagi
sekolah tersebut. Peruntukanini telah pun dilulus oleh Kementerian Pelajaran pada
20.10.2009. Saya mohon Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera untuk
menunaikan janji ini.
iii) Projek rumah pangsa kos sederhana rendah yang sakit di Mt Austin melibatkan pembeli
rumah seramai 900 orang dari golongan berpendapatan rendah. Projek ini ada 10 blok dan
911 unit tetapi setelah siap dibina satu daripada 10 blok rumah pangsa, pemaju berkenaan
berhenti membina. Setelah siasatan dengan Jabatan Insolvansi, didapati pemaju berkenaan
belum bankrup, pihak KPKT yang dihubungi mengatakan tidak dapt mengambil alih projek
sakit ini kerana bukan projek terbengkalai. Pada masa ini yang jadi mangsa ialah seramai
900 pembeli rumah pangsa kos sederhana rendah yang menghadapi kesulitan tidak
terhingga.
Kerajaan harus mengambil tindakan terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab seperti
ini dan juga menyedikan undang-undang untuk mengatasi salah laku yang bersifat
penipuan untuk memberi pelindungan kepada pembeli-pembeli khususnya mereka terdiri
daripada golongan berpendapaan rendah.
Posted by Ahli Parlimen Tebrau - Teng Boon Soon柔佛州地不老区国会议员邓文村 at 14:53 0 comments