Friday, August 31, 2007

Ucapan YB sempena Hari Kemerdekaan ke-50


Kerajaan bercadanag merayakan 50 tahun kemerdekaan secara besar-besaran untuk mengingatkan semua rakyat bahawa kerajaan Malaysia yang dianjung tinggi di masyarakat antara bangsa sebagai sebuah negara berbilang kaum yang aman, makmur dan maju, harus disayangi, dilindungi dan dibanggakan supaya keamanan, kemakmuran dan kemajuan kita dikekalkan.


Kejayaan Malaysia bukan berlaku secara kebetulan tetapi merupakan usaha yang gigih, rancangan yang rapi oleh kerajaan Periktan dan kerajaan Barisan Nasional serta usaha gigih rakyat yang berbilang kaum bagi 50 tahun yang lalu. Dalam 50 tahun yang lalu, kita telah mencapai kemajuan yang besar dalam bidang sosial, ekonomi dan pendidikan ( 20 buah Universiti kerajaan, 36 buah Universiti Swasta dan lebih daripada 500 buah kolej). Ini adalah hasil kestabilan politik yang berasaskan perpaduan kaum. Tanpa perpaduan kaum, rancangan-rancangan pembangunan kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan berjaya.


Saya bersetuju dengan saranan dan amanat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abd Razak. YAB berkata bahawa jika kita asyik membangkit-bangkitkan isu-isu yang akan memecahbelahkan negara daripada perkara-perkara dan isu-isu yang telah menyatupadukan negara ini bagi 50 tahun yang lalu. Perbuatan sedemikian hanya akan merosakkan semangat negara dan bercanggah dengan semangat tokoh-tokoh negarawan kita seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambantan serta tokoh-tokoh yang lain pada masa perjuangan kemerdekaan negara ini.


Sebaliknya, kita harus merayakan semangat kenegaraan kita yang sudah berusia 50 tahun dengan menghargai pengorbanan, tolerensi, dan kerjasama pelbagai kaum di negara ini, kerana semangat kenegaraan inilah Malaysia sudah berjaya membentuk sebuah negara yang berbilang kaum, sebuah negara yang makmur dan maju dan rakyatnya hidup bersama secara harmoni. Marilah kita bersama-sama menyumbangkan hati dan tenaga untuk membantu kerajaan memastikan kestabilan politi dan perpaduan kaum supaya anak-anak kita akan terus menikmati kualiti hidup yang lebih baik pada masa akan datang. Marilah kita sama-sama menyemarakkan :


MERDEKA !

MERDEKA !

MERDEKA !


No comments: