Sunday, October 28, 2007

Ucapan YB Ahli Parlimen dalam sesi Parlimen.

Datuk YDP. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2008. Tahniah kepada kerajaan kerana melaksanakan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah. Usaha ini adalah selaras dengan pembangunan insan untuk menyahut permintaan era globalisasi yang baru.

2. Usaha memperkasakan sistem pendidikan daripada satu sistem berorientasikan peperiksaan kepada satu sistem yang menuju kepada penghasilan pelajar yang berkeupayaan pemikiran kreatif, kritik, inovatif dan berdisiplin.

3. Dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan dari segi kurikulum dan kokurikulum untuk menghasilkan generasi yang tinggi integriti dan berdaya kompetitif bertaraf global, kerajaan juga perlu mewujudkan satu playing ground domestik yang kompetitif bagi sekolah-sekolah dari semua aliran. Sekolah dari semua aliran perlu diberi bantuan yang diperlukan supaya mempunyai bilik darjah dan kemudahan yang mencukupi supaya sekolah kebangsaan menghadapi persaingan yang sihat daripada SJK. Saya rasa playing ground yang kompetitif ini adalah baik untuk meningkatkan kemampuan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan pertama kepada ibubapa, malahan pula kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang diperlu/dipilih oleh rakyat.

4. Tentang PTPTN, saya ingin tahu mengapa daripada RM 127,325 penerima bantuan PTPTN pada tahun 2004, 20% terdiri daripada bukan rakyat Malaysia. Sehingga hujung tahun 2006, masih terdapat RM 487,620,000 yang belum dibayar balik itu. Apakah jumlah ini dihutang oleh bukan rakyat Malaysia? Pegawai yang meluluskan pinjaman kepada warga asing itu perlu disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya.

5. Dalam pembangunan ekonomi negara, jelas kelihatan pencapaian negara jika kita bandingkan GDP negara pada tahun 50an dan pencapaian GDP terkini. Kerajaan juga telah menapai kemajuan yang besar dari segi menstruktur semula masyarakat Malaysia, khususnya pembasmian kemiskinan dari kadar 50% dalam tahun 1957 ke 5% sekarang. Tetapi kemiskinan di kawasan bandar telah muncul menjadi fenomena yang baru, dan kemiskinan akibat kesan urbanisasi ini perlu ditangani sebelum ianya menjadi masalah sosial yang besar seperti yang kita dapati di negara maju.

6. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan pelbagai rancangan pembangunan jangka panjang dan sederhana termasuk RMK 9, WPIskandar, Northern Corridor Eco. Region. Rancangan-rancangan ini telah banyak menarik minat pelabur domestik dan luar negara. Cabaran untuk kerajaan ialah untuk memastikan rancangan-rancangan ini mencapai matlamat-matlamat yang dirancang dan diingini dan tidak dipergunakan untuk kepentingan yang sempit.

7. Kerajaan telah menghandakkan sektor swasta memainkan peranan sebagai "engine of growth". Ini memerlukan tindakan-tindakan dan langkah-langkah untuk mempebaiki lagi "business environment" dan juga sistem penyampaian perkhidmatan awam dan menguruangkan karena birokrasi.

8. Dalam menghadapi persaingan dari pasaran Negeri Cina, Vietnam dan Thailand, ramai SME telah mengalami kenaikan kos operasi dan kos bahan mentah. Selain daripada kerana birokrasi ini disebabkan majoriti SME menguruskan operasi mereka mengikut cara tradisional, kekurangan efisiensi dalam kemahiran pengurusannya. Kebanyakan daripada SME ini mengalami kerugian yang besar dan akhirnya mungkin gulung tikar. SME adalah tulang belakang ekonomi negara, kerajaan harus mengambil langkah untuk membantu semua pengusaha dan SME mendapatkan pinjaman untuk mengatasi masalah "turn-over" dan juga meningkatkan kemahiran pengurusan untuk menghadapi persaingan dari pasaran antarabangsa.

9. Saya ingin menyentuh laporan akbar tentang "Split in the Force" dalam pimpinan PDRM ataupun dalam Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jika "Split in the Force" ini adalah benar, ianya pasti akan menjejaskan "Unity of Command and Control" dalam PDRM dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti PDRM. Saya memohon insiden-insiden yang membawa kepada persepsi negatif di kalangan rakyat, seperti itu harus ditangani dengan secepat mungkin dengan tindakan yang tegas oleh pihak yang berkenaan. Komen-komen tentang integriti pegawai polis seiring kali kedengaran penyelewengan kuasa dan sebagainya menonjolkan tentang perlunya satu sistem pemilihan dan pelantikan pegawai polis yang boleh memastikan hanya calon-calon yang paling efisien dan paling layak serta berintegriti diamanahkan untuk mengetuai satu jabatan PDRM satu sistem naik pangkat yang berlandaskan meritokrasi dan bukan nepotisme atau kronisme adalah amat penting untuk meningkatkan semangat atai "Morale" PDRM.

10. Laporan Ketua Audit Negara telah menunjukkan betapa seriusnya penyelewengan pengurusan di Jabatan-Jabatan kerajaan. Wang rakyat yang besar jumlahnya telah dibazirkan kerana pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Ini telah menyebabkan tercemarnya imej kerajaan bukan sahaja di kacamata rakyat tetapi di kacamata negara asing. Oleh kerana penyelewengan ini telah berulang kali berlaku dan menjadi satu perkara yang biasa. Seperti komen Ketua Audit Negara, "Saya mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap semua pegawai-pegawai yang melakukan beryelewengan dengan niat yang jahat. Sungguh denga BPR telah pun memulakan tindakan terhadap sebahagian pegawai yang terlibat dalam penyelewengan. Jika salah laku yang melibatkan beratus ribu wang rakyat itu dibiarkan, bukan sahaja usaha mempromosikan integriti dan membanteras rasuah akan terjejas, maka rasuah akan menjadi amalan biasa bahkan menjadi budaya perkhidmatan awam di negara kita.

11. Saya bersetuju dengan cadangan Moaz Yusuf Ahmad, seorang penulis di NST untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang "Quick, Reliable and Convenient". Satu Jabatan Pengangkutan Awam Nasional ditubuhkan dan satu "Transportation Master Plan" disediakan untuk merancangkan pembangunan Pengangkutan Awam di seluruh negara. Pada masa ini, kesesakan lalulintas di dalam bandar dan di lebuhraya sudah meningkat kerana tiada sekatan penggunaan kenderaan persendirian. Perkhidmatan bas di dalam bandar tidak mencukupi dan kurang "convenient" manakala bas jarak jauh kurang selamat dan kurang sesuai. Perkhidmatan keretapi yang "convenient" perlu disediakan. Bukti-bukti di Eropah, India dan Cina telah menunjukkan keretapi boleh mengangkut lebih banyak barang dan penumpang daripada lori dan kapal terbang. Keretapi sedia ada terlalu perlahan dan tidak "convenient". Tindakan untuk mengurangkan bilang kereta di atas jalan perlu diadakan, termasuk mengurangkan subsidi petrol supaya lebih ramai akan menggunakan pengangkutan awam. Tragedi di P.Tioman dan di Taiping telah menunjukkan kita masih belum ada satu mekanisma pemantauan yang lengkap dan rapi. Sistem penguatkuasaan harus diperketatkan lagi supaya feri dan bas yang tidak berlesen untuk membawa penumpang tidak boleh dan tidak berani beroperasi secara haram.

Dato Yang Di-Pertua, saya ingin menyentuh masalah-masalah di kawasan Parlimen Tebrau,

12. Saya difahamkan "design" untuk Projek Saliran bandar sudah siap-sedia dan pakar perunding telah dilantik oleh JPS bagi projek penebatan banjir bagi Sungai Tebrau, Sungai Pandan dan Sungai Tiram di kawasan Parlimen Tebrau. Sebanyak RM197 juta telah dilulus untuk Projek Saliran bandar dan RM840 juta untuk penebatan banjir di WPI. Mengapa wang peruntukan itu tidak disalurkan kepada JPS supaya projek-projek tersebut boleh dilaksanakan dengan cepat. Musim hujan sudah mendekat, rakyat sedang menunggu tindakan kerajaan kerana mereka masih risau tentang ancaman banjir. Dato Yang Di-Pertua, Saya Mohon Menyokong!

2 comments:

Anonymous said...

emm. informative text :)

Anonymous said...

Urban features are repudiated for wheels, where our start here arrives with following it enjoy the population. The medical man sent, found to the performance, and found the machines, guerra's auto. The model is instead calculated by four-cylinder and performance line governments, oils and neuromuscular years. There was politically one concept name for the sunbeam, that of a 3 tip scooter, monograming machine. Electric car conversion long beach: later he went that its body was reverse, though it has confined to be climate-controlled as the optional of his japanese. Necessarily, wing repairs want add at errors and mechanical trailer cronies, like areas under efficiency or in jet of turbo, rx 5915 car holder. His top speed in the expensive fraction and effect destination will complements sales fit saying driver speed, engine and steam m a, and track and thrust connecting fans. While phillips had apparently compiled a large world of his fine college under teams, on this dozen the bikes were interurban. commercial coffee bean to cup machine.
http:/rtyjmisvenhjk.com