Thursday, November 29, 2007

Ucapan YB Ahli Parlimen dalam sesi Parlimen (Nov '07)

NO. SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN TENG BOON SOON (TEBRAU)
TARIKH : 19 November 2007


SOALAN :


Y.B. Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) minta MENTERl KEWANGAN menyatakan apakah Iangkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan Malaysia tidak menjadi negara pengimport bagi produk petroleum pada tahun 2010.


JAWAPAN


Tuan Yang DiPertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa dasar telah digubal oleh Kerajaan bagi memastikan penghasilan sumber tenaga negara dapat dikekalkan untuk tempoh yang panjang. Antaranya, Dasar Susutan Negara (National Depletion Policy). 1980 yang memberi penekanan kepada pemuliharaan sumber tenaga, terutamanya minyak dan gas serta Dasar Pelbagaian Lima Bahan Api (Five Fuel Diversification Policy), 2001 yang bertujuan mempelbagaikan sumber tenaga negara termasuk sumber tenaga boleh diperbaharu (renewable energy).

Namun demikian, memandangkan bahawa produk petroleum merupakan sumber yang sernakin rnenyusut manakala permintaan terhadapnya semakin meningkat, usaha untuk memastikan Malaysia kekal sebagai negara pengesksport bersih bagi produk petroleum sernakin mencabar. Sehubungan itu, Kerajaan telah meminta PETRONAS untuk melipatgandakan usaha carigali minyak di dalam negara serta meningkatkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran Ioji-loji penapisan untuk memenuhi permintaan domestik.

Bagi rnengurangkan kebergantungan ke atas sumber petroleum, Kerajaan juga menggalakkan pembangunan sumbar tenaga boleh diperbaharu seperti penjanaan tenaga menggunakan biomass, biogas, sisa pepejal perbandaran mini hidro, solar dan juga penghasilan biofuel.

Selain itu, Kerajaan juga menggalakkan inisiatif ke arah mempertingkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber tenaga. Dalam hubungan ini, penggunaan sumber tenaga secara berhemah dan berkesan oleh para pengguna akan dapat membantu ke arah mengekalkan Malaysia sebagai negara pengeksport bersih produk petroleum untuk tempoh yang lebih lama.
------------------------------------------------------------------------------------------------
DR.15.11.2007

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Pengerusi, saya hendak tahu, pada sayalah NPL atau non-performing loan sekadar 40% itu adalah amat tinggi kalau dibandingkan dengan non-performing loan di komersial bank yang biasa memang mengagumkan. Jadi, adakah saya hendak tahu dalam memproses pinjaman oleh pegawai-pegawai Bank Pertanian Malaysia adakah pegawai-pegawai ini diberi latihan yang mencukupi supaya mereka ini memahami tentang operasi, sifat operasi ataupun kegiatan-kegiatan industri asas tani.

Jadi adakah satu mechanism pemantuan yang mencukupi yang diamalkan di Bank Pertanian Malaysia untuk memastikan supaya tidak ada ruang untuk menyeleweng dalam pengurusan permohonan pinjaman pertanian itu. Minta penjelasan.

Datuk Mah Siew Keong: Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat, saya hendak memberitahu bahawa walaupun 17% NPL adalah tinggi, perbandingan tinggi sedikit daripada komersial bank tetap peranan Bank Pertanian adalah tidak sama seperti komersial bank.

Pada masa yang sama dalam persidangan-persidangan Parlimen juga ramai Ahli Parlimen yang menegur Bank Pertanian kerana terlalu ketat dalam membuat processing pinjaman. Jadi, Bank Pertanian mesti membuat satu perimbangan antara untuk menggalakkan petani pengusaha yang baru dan juga menjaga NPL, tetapi dari segi penyelewengan saya hendak memberitahu bahawa dua tahun ini management Bank Pertanian telah mewujudkan satu committee untuk mengetatkan pemprosesan untuk mengurangkan penyelewengan. Terima Kasih.

No comments: