Saturday, January 19, 2008

Laporan Jawab Lisan Parlimen

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LlSAN
DARIPADA : TUAN TENG BOON SOON [TEBRAU]
RUJUKAN : 757


Soalan:

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan terus diambil untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan polis supaya menghasilkan perkhidmatan polis yang lebih efektif dan lebih mesra rakyat.


Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Langkah-Iangkah yang telah dan akan terus diambil untuk meningkatkan mutu perkhidmatan polis adalah berdasarkan Pelan Strategik Lima Tahun PDRM-PS5T-PDRM (2007-2011). Di antara projek-projek utama yang akan dilaksanakan secara berterusan adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan One Stop Services Centre (OSSC) bagi semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) dengan menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan profesional. Sehingga kini perkhidmatan One Stop Services Centre telah diwujudkan di 19 buah balai di kontinjen-kontinjen seperti Sabah, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Perkhidmatan ini sedang dinaik taraf dan akan diperluaskan di seluruh negara. Sebanyak 33 buah balai polis sedang dalam perancangan PS5T bagi mewujudkan One Stop Services Centre;

2. Penstrukturan semua balai-balai polis dan sejumlah 743 balai polis dan menaik taraf perjawatan balai polis seluruh Negara;
2.1 50 buah balai polis telah memperoleh perjawatan melalui Waran Perjawatan Bil. K8/2007 bertarikh 19 Julai 2007. Pihak JPA telah membuat pengkategorian balai dengan jumlah perjawatan.
2.2 693 buah balai polis sedang dalam kajian menaik taraf perjawatan dan telah dikemukakan kertas cadangan perjawatan ke Agensi Pusat pada 15 Ogos 2007.

3. Proses pengambilan dan penambahan anggota seramai 60,000 orang dalam jangka masa 5 tahun bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang cekap dan berkesan;

4. Memodenkan PDRM supaya setara dengan Pembangunan Teknologi dan ICT. PDRM telah mewujudkan satu Sistem Laporan Polis (PRS) yang merupakan satu sistem berkonsepkan teknologi 'web', sistem komprehensif dan berintegrasi. la merangkumi proses penerimaan report polis, pembukaan kertas siasatan, siasatan den penyediaan laporan-Iaporan berkala secara elektronik. Pelaksanaannya di lakukan secara berperingkat. Fasa I telah siap dilaksanakan keseluruhannya pada 31 Julai 2007 meliputi kontinjen Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor manakala Fasa II meliputi Kontinjen Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor manakala Fasa III meliputi Kontinjen Pahang, Kelantan, Terengganu, IPPD Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai sistem yang diguna pakai oleh PDRM antaranya:

Trafik COPS; CARS; SMS (Store Material Specification); KDN/KA Online

5. Mewujudkan kerjasama dengan pihak universiti tempatan dan agensi luar untuk mendapatkan nasihat dan menjalankan kajian berkaitan keberkesanan perkhidmatan kepolisan dan imej polis.

6. Meningkatkan keberkesanan sistem sedia ada (MAFIS) yang telah dibangunkan pada awal tahun 1996 iaitu sistem bersepadu, penghantaran pemeriksaan cap jari, cap tapak tangan dan pembekalan rekod jenayah secara langsung dengan teknologi terkini. lanya bertujuan mempermudahkan pengurusan sistem cap jari, cap tapak tangan dan pembekalan rekod jenayah. Projek ini dalam proses penilaian tender dan;

7. Mewujudkan dan memantapkan Rakan Cop di semua kontinjen selaras dengan projek C4i (Command & Control, Communication & Computer Integration System) secara berperingkat. Projek ini telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2007 dengan belanja RM66.77 juta, bertujuan mengendalikan panggilan kecemasan 999, mengendalikan eventlkrisis/tugas kepolisan, mengendalikan sumber penugasan (Automatic Vehicle Location System) dan menggunakan sumber-sumber maklumat dengan efektif (Mobile Data Communication System). Hasil yang dijangka melalui pelaksanaan C4i adalah seperti berikut:
7.1 Mengumpul dan menganalisis maklumat secara berkesan;
7.2 Menyalurkan maklumat secara pantas dan tepat;
7.3 Dapat bertindak pantas ke aras sasaran;
7.4 Merancang sistem pencegahan: dan
7.5 Menggunakan maklumat dala pangkalan data PDRM dan lain-lain secara cekap dan optimum.

No comments: