Tuesday, February 12, 2008

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]

SOALAN:
Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan penguatkuasaan yang efektif oleh semua agensi Kerajaan di seluruh negara supaya perbuatan mencemarkan sungai dan pencerobohan kawasan simpanan sungai disekat dan diberhentikan.

JAWAPAN:
Langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) untuk mengatasi masalah pencemaran sungai-sungai adalah seperti berikut:-
(i) Jabatan Alam Sekitar sedang dan akan mempertingkatkan usaha penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya bagi meningkatkan lagi tahap pematuhan punca-punca tersebut;
(ii) Usaha mempergiatkan aktiviti kesedaran awam bagi mencegah pencemaran dan membersihkan sungai kita sedang dilaksanakan oleh JPS di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai;
(iii) JAS telah dan sedang melaksanakan Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai di mana kajian pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai akan dilaksanakan ke atas sungai-sungai yang tercemar dengan tujuan untuk mengenalpasti semua jenis, punca dan beban pencemaran yang merosotkan kualiti air sungai dan merumuskan strategj serta pelan-pelan tindakan bagi kerja-kerja pemulihan dan peningkatan kualiti air sungai untuk dilaksanakan oleh agensj-agensi kerajaan yang berkaitan;
(iv) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menubuhkan satu
Pasukan Petugas Khas Menangani Pencemaran Sungai untuk mengenal pasti sungai-sungai yang tercemar dan mengujudkan dedicated team yang merangkumi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan bersepadu dan kempen pencegahan pencemaran dan pembersihan sungai di kawasan PBT tertentu.

No comments: