Saturday, June 25, 2011

Mesyuarat Dewan Rakyat pada 14 Jun 2011

Tuan Teng Boon Soon (Tebrau):
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana langkah-langkah yang hebat dan berturut-turut telah diambil untuk membantu rakyat menghadapi inflasi pada masa ini.
Kita semua tahu kos inflasi telah menyebabkan kos sara hidup yang lebih tinggi dan menjejaskan kualiti hidup setiap keluarga khususnya 40% rakyat yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,500. Jadi, kumpulan rakyat ini sepatutnya diberi perlindungan lebih-lebih lagi dengan kenaikan kadar elektrik baru-baru ini.
Soalan saya, adakah benar tanggapan atau tuduhan yang menyatakan bahawa perjanian subsidi gas berat sebelah dan memberi kelebihan kepada IPP? Bilakah kerajaan akan menilai semula subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP)? Semoga kepentingan rakyat diutamakan. Adakah kerajaan bercadang menyalurkan hasil daripada rasionalisasi subsidi itu untuk mengurangkan kos pengangkutan yang merupakan salah satu faktor penjana inflasi? Terima kasih.

No comments: