Monday, July 4, 2011

Kebakaran Rumah Rakyat Desa Mutiara Akibat Petir

Tebrau, 3hb Julai:
Blok 9, 5 tingkat sebanyak 160 unit keluarga terpaksa dipindahkan sementara ke Kompleks Mutiara kerana kebakaran berlaku akibat petir yang hebat. Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Perumahan Johor, YB Datuk Ahmad Zahri, bersama YB Ahli Parlimen Tebrau dan YB Datuk Maulizan Bujang telah melawat ke Pusat Pemindahan pada pukul 9.00malam. Dalam suatu mesyuarat ringkas, YB Datuk Ahmah Zahri mengarahkan bahawa satu JK Pengurusan Kebakaran diketuai Pegawai Daerah Johor Bahru segera ditubuhkan bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi mangsa kebakaran.

No comments: