Thursday, October 14, 2010

AHLI PARLIMEN SEDIA HULUR BANTUAN


KAMPUNG CAHAYA BARU (06 Okt 2010)

Nasib sebuah keluarga yang diserang api misteri secara tiba-tiba membakar barangan termasuk pakaian dan perabot di dalam rumah mendapat perhatian Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon.

Wakilnya, Dr Lim Yak Hong berkata, di samping menghulurkan bantuan segera kepada keluarga berkenaan, Ahli Parlimen Tebrau bersedia membantu terutama untuk keperluan anak-anak yang masih bersekolah. Menurutnya, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa terhadap keluarga berkenaan bagi melihat perkembangan, memandangkan sudah tujuh khidmat bomoh digunakan. "Kita tengoh dulu perkembangan selepas ini memandangkan khidmat bomoh sudah digunakan, tetapi secara peribadi sekiranya tuan rumah bersetuju saya boleh turut membantu mencari bomoh sebagai usaha".

"Bagi pihak Ahli Parlimen, kita akan usahakan keperluan persekolahan anak-anak termasuk pakaian seragam dan buku sekolah untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga ini," katanya.

Yak Hong berkata, setiap kejadian yang berlaku di kampung itu sama ada banjir atau kebakaran sering dimaklumkan oleh Ketua Kampung, Mohd Nasir Abd Rahman. "Setiap kejadian yang dimaklumkan kepada kita akan diiringi bersama bantuan segera". "Tetapi untuk masalah yang pelru dipanjangkan kepada pihak tertentu, kita akan kemukakan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya", katanya.

No comments: